15 June 2009

6 TIP UNTUK FREELANCER

Freelancer (fokus disini adalah untuk grafik sahaja) boleh dibahagi kepada 2 jenis. Fulltime dan partime. Namun kedua-duanya punya matlamat yang sama. Diharap tip-tip ini dapat membantu anda sebagai freelancer.

TIP 1 - BUKTIKAN KEWUJUDAN ANDA
Walaupun anda bergerak sebagai freelancer, anda juga harus memiliki namecard anda. Ini bukan berfungsi untuk memudahkan client anda menghubungi anda, malah ia berguna sebagai salah satu cara mempromosikan diri anda. Pastikan namecard anda simple & menarik bagi mempamerkan kebolehan anda sebagai freelancer.

TIP2 - DOWNPAYMENT UNTUK MEMULAKAN KERJA
Kebanyakan freelancer biasanya akan berhadapan dengan masalah payment. Ini kerana mereka bergerak sendirian tanpa nama syarikat dan masalah ini biasanya dipergunakan oleh client. Cara yang paling mudah untuk mengelakkan ditipu oleh client ialah dengan meminta downpayment sebelum memulakan kerja atau setelah first stage kerja anda siap. Ada sesetengah freelancer meminta bayaran berdasarkan stage sesuatu kerja yang mana cara ini sangat berkesan untuk mengelakkan anda ditipu. Ada juga yang meminta downpayment pada permulaan kerja dan fullpayment sebelum final artwork dihantar. Terpulang kepada keselesaan anda dan client.

TIP 3 - DOKUMENTASI SETIAP KERJA ANDA
Dokumentasi perlu bagi mengelakkan salah faham dengan client. Tiga perkara penting yang wajib ada sebagai seorang freelancer. Quotation, Invoice dan Delivery Order. Quotation untuk harga kerja anda. Invoice untuk memudahkan anda meminta payment dan Delivery Order untuk memastikan client anda menerima fail tersebut.

TIPS 4 - KATAKAN YA@TIDAK
Sebagai freelancer, anda bebas mengatakan ya atau tidak kepada setiap kerja. Jikalau anda tidak yakin anda boleh menyiapkannya, adalah lebih baik anda menyatakan tidak dari awal. Atau anda boleh memberikan cadangan kepada client anda seperti mencadangkan freelancer lain. Tapi ingat, cara ini mungkin boleh menyebabkan anda kehilangan client anda. Jangan menolak sesuatu kerja tanpa alasan yang kukuh.

TIP 5 - MASA DAN KERJA
Pilih kerja yang bersesuaian dengan masa anda. Jikalau anda punya masa yang panjang, mungkin kerja yang dateline tidak ketat boleh anda pilih. Jikalau kerja tersebut dikategorikan sebagai urgent, adalah lebih baik anda menilai masa anda.

TIP 6 - JANGAN TAMAK
Jangan terlalu tamak apabila mengambil sesuatu kerja. Jikalau anda tidak yakin anda dapat menyiapkannya dan anda bimbang hubungan anda dengan client akan rosak jika anda menolaknya, salah satu cara adalah mengagihkan kepada freelancer yang lain dengan anda sebagai orang tengah. Cara ini bukan sahaja dapat mengurangkan beban kerja anda, tetapi membuat kerja anda lebih proaktif dan lebih kreatif.

0 komen: