17 July 2009

INTERVIEW DENGAN 1977! - SI KREATIF LENSA


Salam...Apa yang perlu saya panggil saudara? amfyasin@1977@gandy?
Salam Graphikarma! Terima kasih sudi temubual saya. Saya Malik Yasin. Nama flickr (screen name) 1977! Ya betul, nama itu diambil dari tahun saya lahir. Asal Kuala Terengganu, sekarang berkerja di firma senibina di Setiawangsa Kuala Lumpur. Masih baru dalam hobi fotografi ini. Pengalaman awal dalam fotografi ketika belajar Diploma Senibina ITM Perak, tetapi tidak pernah mempraktikannya sehinggalah pada April 2007.

Kebanyakkan photographer punya koleksi kamera yang menggila. Boleh saya tahu koleksi kamera yang saudara gunakan sekarang?
Bermula dengan compact digital camera Canon Powershot G7. Dalam simpanan ada lebih kurang 7 buah kamera, tetapi hanya 4 buah yang kerap diguna. kebanyakkannya kamera terpakai. Rajin-rajin la ke flea market Amcorp Mall Petaling Jaya pada hari minggu mungkin anda bertuah!

Kamera kegemaran pada masa kini ialah TLR Yashica Mat LM. Kamera antik ini menggunakan filem medium format (120). Filem medium format sangat mengujakan. Dynamic range nya tinggi. Butiran amat jelas kelihatan jika kena jarak focusnya. Walaupun usia TLR ini lebih kurang setengah abad, kantanya masih cemerlang! Saya dikira bertuah memilikinya!

Satu lagi kamera kegemaran ialah Nikon FM2n. SLR ini sangat teguh binaannya. Ia seperti pistol Magnum bagi kamera. Saya masih jatuh cinta dengan bunyi shutternya.

Saya juga menembak mengguna kamera mainan. Saya tidak perduli sangat mengenai apa itu LOMOgraphy. Mungkin ia satu kaedah pemasaran yang ingin mengambil untung dari nilai kamera plastik. Tetapi menembak dengan Holga 120 CFN dan White Slim Angel (aka Vivitar Ultra Wide & Slim) sungguh menyeronokkan. Kamera mainan seperti ini tidak memberi banyak tekanan, tetapi masih bagus untuk kita memahami asas fotografi dengannya kerana binaannya terlalu basic. Saya amat menggemari hasilnya yang penuh dengan surprise!

Wahhh!!! Gila banyak! Dah macam kedai kamera dah...saudara pakai manualkan? ..digital ada tak?
Semakin hari, semakin kurang saya menggunakan kamera digital saya. Tidaklah bermaksud membenci digital, cuma kepuasan senang dikecapi dengan penggunaan kamera filem. Tonal warnanya selalu mengasyikkan. Filem juga menganjar saya bersabar dan berhati-hati ketika menembak. Juga lambakan DSLR di pasaran membuatkan kamera filem jadi begitu istimewa masa kini. Harganya yang jauh lebih rendah dari DSLR! Tetapi anda harus ingat, untuk penyelenggaran kamera filem bukan mudah dan murah. Komitmennya tinggi. Anda harus rajin ke kedai gambar untuk membeli filem dan menghantarnya semula untuk di"develop"kan. Filem itu sendiri juga semakin susah untuk dijumpai, tidak seperti 10 tahun lepas. Itu belum dikira kos untuk mengimbasnya secara digital jika anda ingin memuat naikkannya di alam digital seperti flickr! Bayangkan masa yang anda dapat jimatkan jika anda menggunakan DSLR! Tetapi semuanya untuk kepuasan dan mereka yang memilihnya pasti ada sebab yang tersendiri.

Tetapi bukanlah mereka yang menggunakan analog lebih hebat dari pengguna digital. Ada berjuta pengguna digital kamera yang hebat masa kini! Pengguna filem juga janganlah terlalu taksub dengan filem kamu. Tidak guna membenci digital jika anda mengimbas filem anda secara digital kemudiannya memuat naiknya di alam digital seperti flickr. Ingat, filem menjadi istimewa kerana digital bermaharaja lela!

Hahahaha...tapi saya respek yang pakai film...digital pun saya respek jugak...masing-masing ada kelebihan...so sebab tu la saudara pakai manual..MENCABAR YEK...
Ya, mencabar semestinya! Masa dan wang mudah tergadai dengan filem. Tetapi, perkara yang berisiko tinggi itulah yang digemari. Menggunakan filem membuatkan saya menjadi semakin serius untuk berkarya.

Saya suka tengok angle yang saudara ambil...nampak sangat tersusun...ditambah dengan manual dia jadi lagi hebat...maknanya memang saudara kena plan betul-betul sebelum shoot..sebab jikalau digital saudara boleh main crop jek untuk dapatkan kononnya angle yang hebat...so soalannya...apa yang mempengaruhi setiap angle saudara sekarang? movie? kerja saudara sekarang? pengalaman masa lampau? atau isteri tersayang dan anak yang bakal lahir?
Saya cuba menerapkan minimalism dalam fotografi saya. Lebih kepada close up supaya dapat menghayati detail-detailnya. Subjek pilihan kebanyakannya benda harian yang selalu dilupakan seperti kerusi, basikal dan sebagainya. Still life ialah laluan saya membina gaya fotografi saya sendiri. Ini kerana penggunaan kamera saya yang bersesuaian dengan subjek-subjek berikut. Saya juga menggemari portrait manusia asing (strangers). Idea komposisi banyak di peranguhi / meniru mereka yang hebat di flickr. Terlalu ramai yang hebat di sana. Saya percaya, gaya saya ini tidak kekal lama. Saya masih mentah dan masih banyak perkara saya perlu cuba.

Itu saya setuju. Memang slr film lebih menyelerakan. Mane lebih menyelerakan, black and white (B/W) atau color?
B&W dan color masing-masing mempunyai kelebihan. Bergantung pada subjek dan mood yang kita inginkan. Seperti Grafikarma sedia maklum, B&W memerlukan subjek yang contrast, texture yang kuat. Bagi saya, bukan mudah untuk mencari subjek demikian.

Saya baru mencuba teknik self develop untuk filem B&W di rumah. Ia amat mengujakan! Dan juga menjimatkan! Setiap penembak B&W harus tahu teknik ini kerana anda dapat mengawal hasil B&W anda sendiri. Tidak perlu mempersalahkan pihak ketiga seperti developer lab jika hasil developnya tidak seperti yang anda inginkan.

Untuk color pula, saya masih menghantarnya ke kedai gambar (photo lab) untuk diproses. Diberitahu, tidak berbaloi untuk kita memproses color film secara DIY kerana kosnya lebih tinggi dari memprosesnya di kedai gambar. Pemilihan tempat memproses sangat penting. Rajin-rajin la mencuba mana-mana photo lab untuk mengetahui yang mana hasil kerja yang paling bagus.

Aku memang admire gila teknik saudara...rasa cam nak print besar-besar letak kat bilik. Selalunya pergi menembak secara group atau layan sendiri?
Terima kasih! Sejak berumah tangga, saya banyak menghabiskan waktu menunggu isteri pulang bekerja pada petang hari. Waktu menunggu ini saya selalunya mundar-mandir di sekitar stesen LRT untuk mencari subjek dicapturekan. Lewat petang atau awal pagi selalunya cahaya cantik. Saya suka bekerja sendirinya kerana bebas mengawal masa.

Tetapi pada hujung minggu, kadang-kala (atau selalunya) saya bersama berapa rakan mengatur projek fotografi kami. Selalunya street fotografi dan kadang kala model shoot.

Apa momen atau subject yang saudara teringin sangat nak shoot? Yang memang jikalau saudara dapat shoot saudara akan senyum sampai ke telinga...
Kata kawan-kawan, dapat shoot nude adalah tahap paling ultimate dalam fotografi. Saya bersetuju.

Moment adalah perkara paling berharga dalam fotografi rasanya (juga dalam hidup). Adalah berbahagia jika saya dapat mencapture moment yang hebat seperti apa yang dicapture oleh Matt Stuart! Lihatlah sendiri! www.mattstuart.com

Pendapat saudara tentang DSLR scene yang semakin popular budak muda...? ? apa yang mempengaruhinya? internet? harga? kesedaran? atau sekadar ikut orang?
Bagi saya itu sesuatu yang bagus. Tidak kisah digital atau filem. Anda ada asas seni atau tidak. Teruskan mencuba. Lagi ramai yang mencuba, lagi tinggi tahap kualitinya scene fotografi itu kerana hanya yang terbaik akan diterima ramai. Internet semestinya mempengaruhi kita kita masa kini. Kewujudan portal seperti flickr memberi perbagai ruang kepada semua untuk berkarya. flickr merupakan medium pengantaraan terbaik bagi jurugambar seluruh dunia.

Sebarang tips yang ingin dikongsi?
Bangun awal, kerana cahaya pagi paling indah. Bawa kamera anda kemana sahaja. Anda tidak tahu apa yang menanti anda.

Dimana nak menonton karya-karya saudara?
hanya flickr sahaja untuk masa kini - www.flickr.com/photos/amfyasin/

Apa rancangan saudara di masa hadapan?
Rancangan masa hadapan ialah mencetak hasil kerja saya. Saya rasa feel melihat dari hardcopy tentunya lebih mendalam dibandingkan dengan melihatnya di monitor komputer.

Terima Kasih sebab sudi meluangkan masa di interview.
Sama-sama graphikarma!

0 komen: